Posted by Web Synergizer on 17th May 2006
Al-Qiblah International Consultants.
Pada tahun ini 1432H / 2011, Al-Qiblah International akan menganjurkan sekali lagi, projek “Menghidupkan Syiar Islam & Menggembirakan Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin, Para Pelajar Pesantren dan Para Penduduk Kampung” melalui Ibadah Korban dan Aqiqah di luar negara.
Daripada pengalaman kami pada masa-masa yang lalu, kami dapati bahwa para penduduk itu tidak akan dapat menikmati sebarang daging korban sekiranya kami tidak ke tempat-tempat tersebut. Maka, mereka sangat-sangat mengharapkan sumbangan dan bantaun daripada kami.
Selain daripada itu, korban yang dilaksanakan perkampungan sedemikian, selalunya kurang berlaku pembaziran. Bahkan seringkali, korban tersebut dimanfaatkan hampir keseluruhan, sehingga kepala, kaki dan usus-usunya dibersihkan lalu dimanfaatkan, ianya tidak dibuang atau hanya berlaku pembaziran.
Para jemaah yang berminat, harap pergi ke salah satu pusat pendaftaran kami untuk membuat pendaftaran segera.
Pusat pendaftran kami adalah sebagai berikut:
Kami berharap agar para jemaah dapat membuat pendaftaran secepat mungkin ke salah satu pusat pendaftaran kami yg tertera di bawah ini, insya Allah.
-
Toko Haji Hashim - Joo Chiat Complex #01-1051 (opp Kedai Bunga/NTUC)
-
Toko Warisan - Blk 201E, Tampines Street 23 #01-96 (Sebelah Watson & 7-11)
-
Toko Warisan - Blk 374 Bt Batok St 31 #01-220 (opp Bt Gombak MRT)
-
Toko Warisan - Blk 292, Yishun St 22#01-309 (Dekat Masjid Darul Makmur)
-
Toko Warisan - Blk 6A, Woodlands Centre Road #01-316 (Dekat ShengShiong)
-
Kedai Buku Muslimedia - Wisma Indah #01-05 (Belakang Bus-stop)
Para jemaah boleh juga langsung depositkan wangnya ke dalam account bank Al-Qiblah International. OCBC Current Acc: 665 - 826467 - 001. Selepas memasukkan wang itu, harap hubungi kami agar dapat kami updatekan sistem di pejabat kami dan kami akan menghantarkan resit rasmi beserta borang pendaftaran.
Para Jemaah boleh juga muat-turun (download) borang daripada website ini dan menghantarkannya melalui pos ke pejabat Al-Qiblah di 1 Kaki Bukit Road 1, #02-46, Enterprise One Building, Singapura 415934.
Selepas ibadah korban dilaksanakan, setiap para peserta akan diberikan sijil dan DVD untuk melihat bagaimana projek ini dilaksanakan.
Alhamdulillah, Wassalam
Untuk sebarang pertanyaam, sila hubungi talian: 63001400 atau 67499221.
Al-Qiblah International Consultants - www.halalhub.com.sg
A one-stop Islamic and Halal Consultancy in Singapore
Posted in Corporate | No Comments »



