Korban 1428H
VCD KORBAN 1428H
Assalaamualaikum wr wb
Para jemaah yang dirahmati Allah swt
Alhamdulillah, sukacita kami memaklumkan bahawa vcd ibadah korban / aqiqah 1428H akhirnya telah pun siap.
Kami akan menghantarkan vcd tersebut beserta sijil korban melalui pos mulai 28 Mac 2008, insya Allah.
Para jemaah boleh juga menonton sedutan vcd itu melalui internet. Sila klik di bawah ini.
http://www.youtube.com/watch?v=uIciWdH4Edc
http://www.youtube.com/watch?v=vI7kio_VHb8
http://www.youtube.com/watch?v=7VOgG9A1a4g
http://www.youtube.com/watch?v=0fLUQl1CmHk
http://www.youtube.com/watch?v=LRa5Rjj9aO4
http://www.youtube.com/watch?v=sDxEHXu_krs
http://www.youtube.com/watch?v=7P0N7Lp-V-k
Kami ingin memohon maaf atas kelewatan persiapan vcd ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ketika membuat editing penggambaran vcd ini.
Kefahaman dan tolak ansur para jemaah sangat kami hargai.
Kami berdoa semoga Allah swt memberkahi dan menerima setiap pengorbanan yang di lakukan.
Untuk sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai kami di talian 67827800.
USTAZ AZMI ABD SAMAD
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IBADAH KORBAN 1428H
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah swt. Dengan taufiq dan hidayah Allah swt dan berkat doa para jemaah, kami ingin memaklumkan bahawa rombongan Al-Qiblah pimpinan Ustaz Azmi telah selamat pulang dari Cambodia pada Selasa 25 Dec 2007, jam 11.45 malam.
Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada para jemaah bahawa ibadah korban dan aqiqah telah selamat dilaksanakan.
Untuk pengetahuan para jemaah, dengan sokongan para jemaah, kami telah dapat mengadakan ibadah korban di beberapa perkampungan di Kampung Cham (Cambodia) dan juga beberapa kawasan di Indonesia seperti di Lombok Timur, Lombok Tengah, Lombok Barat dan juga di Bali.
Dengan ibadah korban tersebut, ramai penduduk-penduduk kampung dan para pelajar pesantren telah mendapat kemanfaatan daripadanya.
Kami juga telah menyumbang sebanyak 20 ekor kambing untuk membantu saudara-saudara islam kita di Philippines.
Kami juga ingin memberitahu para jemaah bahawa semasa di Cambodia, AlQiblah International telah membuat sumbangan untuk membina semacam pump air yang dapat menyedut air daripada dalam bumi (tugas seperti perigi)
Pembinaan itu telah kami niatkan atas nama semua para peserta korban dan aqiqah yang bersama kami di dalam projek ibadah korban/aqiqah tahun ini.
Dengan penggalian dan pembinaan pump tersebut yg sedalam lebih kurang 30 meter, ianya dapat menyediakan air kepada para pelajar madrasah tersebut dan juga penduduk kampung yang tinggal berdekatan untuk minum dan berwudhu.
Alhamdulillah, semoga setiap titisan air yang di manfaatkan untuk berwudhu, menghilangkan dahaga atau apa sahaja kegunaan akan menjadi saham akhirat yang berkekalan bagi setiap peserta korban tahun ini, insya Allah.
Mengenai ibadah korban tahun ini, Setiap peserta akan juga diberikan sijil dan salinan vcd ibadah korban.
Namun, kami mohon kefahaman dan tolak ansur para jemaah untuk memberi kami masa beberapa minggu mendatang untuk membuat editing dan duplicating vcd2 tersebut dan juga untuk print sijil2 bagi para jemaah.
Apabila telah siap, sijil dan vcd2 tersebut akan di hantarkan kepada para jemaah melalui pos, insya Allah.
Sekiranya para jemaah ada sebarang pertanyaan, para jemaah boleh menghubungi pegawai kami di talian 67827800 atau untuk menghubungi Ustaz Azmi di talian 91801901.
Wassalam





December 28th, 2007 at 3:43 pm
Ribuan terima kasih buat Ust. Azmi dan rakan2 seperjuangan atas usaha murni ini.
December 31st, 2007 at 10:23 am
Saya sekeluarga ucapkan tahniah kepada ust azmi dan AlQiblah International atas projek korban yang telah di lakukan. Melihat pada gambar-gambar itu, saya merasa terharu dan mengucapkan ribuan terimakasih kepada ust atas projek ini.
January 2nd, 2008 at 1:52 pm
may Allah bless u and ur people who spent ur valuable time and effort to support the needies in my country,Cambodia.tq
January 9th, 2008 at 11:17 am
Saya amat terharu apabila membaca Berita Minggu pd tanggal 6hb Januari 2008.(Pertama Kali Laksana Korban).Ini juga kali pertama saya menjalankan ibadah Aqiqah utk anak saya.Insya Allah pd masa yg akan dtg, sekali lagi saya akan mewakilkan Alqiblah Int utk melaksanakan ibadah ini.Saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih pd semua yg terlibat dlm projek ini. Wassalam..
January 11th, 2008 at 9:38 am
Tahniah dan alhamdulillah kepada ust azmi dan Al-Qiblah atas kejayaan projek korban ini.
Saya sekuarga ucapkan ribuan terimakasih. Wassalam
January 11th, 2008 at 11:29 pm
Alhamdulillah saya berterima kasih kepada Ust Azmi dan Al-Qiblah di atas kejayaan projek ini. Saya terharu melihat gambar gambar yang dipaparkan dan ini kali pertama saya melakukan ibadah korban. Insya-allah saya akan dapat melakukan ibadah korban sekali lagi pada masa yang akan datang.
Wassalam
Terimah Kasih
January 20th, 2008 at 10:12 pm
Syukur kepada Allah S.W.T dan jutaan terima kasih kpd Al-Qiblah Int’l khususnya Ustz Azmi dan pegawai2nya di-atas kesempurnaan melakukan ibadah korban/aqiqah berjln dengan lancar sekali. Tahniah dan syabas. Semuga Allah merahmati segala niat/doa dan matlamat yang kita harapkan. Ameen.’
April 14th, 2008 at 2:09 pm
Saya amat terharu menonton VCD ibadah korban di Kg Cham terutama bila melihat kegigihan Ust Azmi yg sendiri mengagih-agihkan daging korban kpd penduduk kampong. Alhamdulillah, jutaan terima kasih buat Ust dan Al-Qiblah di-atas kesempurnaan projek ibadah korban yg lalu, semuga usaha kalian mendapat ganjaran dari Allah. Ameen.
June 1st, 2008 at 12:58 am
Alhamdulilla syukur saya panjatkn kpda ALLAH s.w.t dgan rahmat dn inayahNya maka ustaz serta pegawai2 dpat menjalankn tugas2 yg saya rasa amat2 mencabar.go go go kpda AL-Qiblah international perjuangan yang tidak henti2 serta keikhlasan anda smua muga2 ALLAH memganugerahkan syurga kelak amen ya rabbalalamin……akhir kata dari saya jika ada kesempatan hadirla seminar ESQ 165 agar kita sama2 dpat berjuang di dunia dan akhirat……. sekian trimaksh