Korban 1432H (Nov 2011)
Assalaamualaikum wr wb
Para Jemaah yg dirahmati Allah swt
Alhamdulillah, sepertimana tahun2 yg lalu, Al-Qiblah International Consultants sekali lagi akan menganjurkan projek ibadah Korban dan Aqiqah pada musim Hari Raya Haji/Korban pada tahun ini.
Pada tahun ini, kami akan sekali lagi membantu anak-anak yatim, fakir miskin, para pelajar pesantren dan penduduk kampung di Cambodia (Kg Cham) dan beberapa kawasan di Indonesia.
Pada tahun ini, Ustaz Azmi akan bermusafir ke Surabaya sedangkan para pegawai Al-Qiblah yang lain akan berada di beberapa kawasan Indonesia yang lain seperti Lombok, Sumbawa, Flores dan juga Cambodia untuk memimpin, menyelenggarakan dan memastikan segala amanah dilaksanakan dengan sempurna, insya Allah.
Kami memerlukan lebih daripada 1000 ekor kambing untuk memastikan kami dapat membantu saudara-saudara Islam kami di tempat2 yg telah kami kenal pasti.
Maka dari itu, kami mengharapkan sokongan para jemaah agar projek ini dapat dijayakan sepertimana yg telah kami rancang, insya Allah.
Kami berharap agar para jemaah dapat membuat pendaftaran secepat mungkin ke salah satu pusat pendaftaran kami yg tertera di bawah ini, insya Allah.
-
Toko Haji Hashim - Joo Chiat Complex #01-1051 (opp Kedai Bunga/NTUC)
-
Toko Warisan - Blk 201E, Tampines Street 23 #01-96 (Sebelah Watson & 7-11)
-
Toko Warisan - Blk 374 Bt Batok St 31 #01-220 (opp Bt Gombak MRT)
-
Toko Warisan - Blk 292, Yishun St 22#01-309 (Dekat Masjid Darul Makmur)
-
Toko Warisan - Blk 6A, Woodlands Centre Road #01-316 (Dekat ShengShiong)
-
Kedai Buku Muslimedia - Wisma Indah #01-05 (Belakang Bus-stop)
Para jemaah boleh juga langsung depositkan wangnya ke dalam account bank Al-Qiblah International. OCBC Current Acc: 665 - 826467 - 001. Selepas memasukkan wang itu, harap hubungi kami agar dapat kami updatekan sistem di pejabat kami dan kami akan menghantarkan resit rasmi beserta borang pendaftaran.
Para Jemaah boleh juga muat-turun (download) borang daripada website ini dan menghantarkannya melalui pos ke pejabat Al-Qiblah di 1 Kaki Bukit Road 1, #02-46, Enterprise One Building, Singapura 415934.
Harga pakej ibadah Korban dan Aqiqah 2011 kami adalah: Kambing $198 & Lembu $1180.
Pendaftaran ibadah korban dan aqiqah akan di buka sehingga seminggu sebelum Hari Raya Haji, namun kami menggalakkan para jemaah untuk mendaftar awal demi memudahkan kami di dalam urusan administrasi dan operasi.
Kami berdoa semoga Allah swt memberkahi setiap pengorbanan yg dilakukan oleh para jemaah.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 63001400 atau 67499221.


